Pergaduhan | Maut dipukul rakan akibat salah faham

2022-03-23 0

Kerana salah faham, seorang lelaki dipukul dengan sebatang besi sehingga maut oleh rakannya dalam pergaduhan di sebuah rumah di Kota Sarang Semut, Alor Setar, Selasa lalu.
Menurut Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir, mangsa berusia 30-an itu meninggal dunia beberapa jam selepas dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar.